Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu...

Hari ibu disambut setiap tahun bagi mengenang dan mengingati jasa ibu yang banyak berkorban untuk anaknya...seorang ibu sanggup berkorban segalanya untuk mengandung,melahirkan anak, membesarkan dan mendidik dan menjaga anaknya sehingga mereka dewasa....namun, begitu sedikit anak yang menjaga dan mengambil berat tentang ibunya...
Saya yang bertugas sebagai seorang doktor telah banyak melihat pelbagai cabaran yang ditanggung oleh ibu semasa mengandung,melahirkan dan membesarkan anak mereka. Semua ini saya telah lihat sejak saya belajar lagi...tidak dapat rasanya nak membalas jasa seorang ibu...
namun, betapa ramai anak yang tidak menjaga dan mempedulikan ibunya...saya ada banyak pengalaman dalam perkara ini...
1. seorang makcik berusia dalam 65 tahun datang ke klinik saya bertongkat dan jalan perlahan untuk pemeriksaan hypertension dan diabetes...saya bertanya datang dengan siapa..jawabnya seorang diri..nape tak mintak anak bawakan makcik...jawabnya:doktor jgn sebut pasal anak,ade anak tapi tak pedulikan makcik langsung..setahun sekali pun tak balik tengok maknya,makcik sakit tak amik tau pun...rase macam dah tak ade anak...biar makcik sorang2...alangkah sedihnya saya...
banyak lagi aaa pengalaman...
kita sebagai anak2 jangan aaa sesekali lupa kepada ibu kita kerana dia banyak berkorban untuk kita...jangan aa pentingkan orang lain selain ibu bapa kita walaupun isteri,suami, awek atau pakwe kita...ingatlah,kasih sayang seorang isteri,suami,awek atau pakwe langsung tak dapat menandingi kasih sayang seorang ibu...jagalah mereka sementara mereka ada kerana setelah mereka tiada barulah tau betapa sedih kehilangan mereka dan tiada berganti...

Wahai ibu...selamat hari ibu...

Dr Firdaus ujang